Klik URL nie.....
http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm28.HTM
Posted by
Rozikin
| Thursday, April 28, 2011 at 3:22 AM
0
comments
Posted by
Rozikin
| Tuesday, March 29, 2011 at 7:14 PM
Susunan kata (Hukum D-M) Diterangkan dan Menerangkan
Salah | Betul |
Dr. Mariam Klinik | Klinik Dr. Mariam |
Medan Restoran | Restoran Medan |
Cili sos | Sos cili |
Mini bas | Bas mini |
Goreng pisang | Pisang goreng |
Lain-lain hal | Hal-hal lain |
Lain-lain perkara | Perkara-perkara lain |
Posted by
Rozikin
| at 7:13 PM
Menurut Awang Sariyan (1980:14), kesalahan umum penggunaan kata sendi nama terbahagi kepada dua iaitu
a) Kesalahan penggunaan kata sendi
b) Pengabaian penggunaan kata sendi.
b) Pengabaian penggunaan kata sendi.
Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada, di dan pada, ke dan kepada
(Awang Sariyan, 1980:14).
(Awang Sariyan, 1980:14).
Kata Sendi Nama | Penggunaan |
dari | tempat, masa |
daripada | perbandingan, asal kejadian |
di | tempat |
pada | masa, orang, benda abstrak |
ke | tempat, masa |
kepada | benda bernyawa, benda abstrak |
Contoh penggunaannya:
Salah | Betul |
Dia berasal daripada Pulau Pinang. | Dia berasal dari Pulau Pinang. |
Surat itu dari pengetua. | Surat itu daripada pengetua. |
Meja itu dibuat dari kayu. | Meja itu dibuat daripada kayu. |
Di masa depan | Pada masa depan |
Di zaman teknologi maklumat | Pada zaman teknologi maklumat |
Di hari ini | Pada hari ini |
Diserahkan ke Siti. | Diserahkan kepada Siti |
Dilontar ke Ali | Dilontar kepada Ali |
Oleh kerana | Oleh sebab |
Suka manggis | Suka akan manggis |
Balik Pahang | Balik ke Pahang |
Pergi perpustakaan | Pergi ke perpustakaan |
Suka gadis itu | Suka kepada gadis itu |
Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama
1. Dari digunakan untuk masa dan tempat.
Daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian dan benda
a) Meja ini diperbuat dari kayu jelutong. (Salah)
Meja ini diperbuat daripada kayu jelutong. (Betul)
Daripada digunakan untuk asal kejadian sesuatu benda.
b) Bangunan ini lebih tinggi dari bangunan itu. (Salah)
Bangunan ini lebih tinggi daripada bangunan itu. (Betul)
Daripada digunakan untuk perbandingan.
c) Mereka menjalani latihan bola sepak daripada pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang. (Salah)
Mereka menjalani latihan bola sepak dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang. (Betul)
Dari digunakan untuk masa.
2. Penggunaan kata sendi nama ‘di’ digunakan untuk tempat.
a) Di hari ini, majlis penyampaian hadiah diadakan di dewan sekolah. (Salah)
Pada hari ini, majlis penyampaian hadiah diadakan di dewan sekolah. (Betul)
3. Kata sendi nama ‘pada’ digunakan untuk masa, orang dan benda abstrak.
a) Markah murid-murid untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup ada dengan Cikgu Ahmad. (Salah)
Markah murid-murid untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup ada pada Cikgu Ahmad. (Betul)
4. Penggunaan ‘ke’ untuk tempat, masa dan benda tidak bernyawa. Kata sendi
‘kepada’ digunakan untuk benda bernyawa dan benda abstrak.
‘kepada’ digunakan untuk benda bernyawa dan benda abstrak.
a) Surat permohonan itu telah diserah ke guru biasiswa. (Salah)
Surat permohonan itu telah diserah kepada guru biasiswa. (Betul)
b) Ayah pergi kepada pasar besar dengan menaiki motosikal. (Salah)
Ayah pergi ke pasar besar dengan menaiki motosikal (Betul)
5. Kata sendi nama ‘oleh’ digunakan selepas kata kerja pasif berwawlan di- dan ter-.
Kata sendi nama ‘dengan’ tidak boleh digunakan selepas kata kerja pasif.
Kata sendi nama ‘dengan’ tidak boleh digunakan selepas kata kerja pasif.
a) Khadijah tertarik dengan keindahan pemandangan di tepi pantai. (Salah)
Khadijah tertarik oleh keindahan pemandangan di tepi pantai. (Betul)
6. Kerana digolong sebagai kata hubung. Katahubung ‘kerana’ tidak boleh diletakkan
selepas kata sendi nama ‘oleh.’
selepas kata sendi nama ‘oleh.’
a) Oleh kerana sambutan peserta kurang menggalakkan maka pertandingan syair di
sekolah tersebut telah dibatalkan. (Salah)
sekolah tersebut telah dibatalkan. (Salah)
Oleh sebab sambutan peserta kurang menggalakkan maka pertandingan syair di
sekolah tersebut telah dibatalkan. (Betul)
sekolah tersebut telah dibatalkan. (Betul)
Posted by
Rozikin
| at 7:11 PM
Salah | Betul |
Para-para pelajar | Para pelajar |
Mereka-mereka | Mereka |
Semua penduduk-penduduk | Semua penduduk |
Setengah-tengah | Sesetengah / Setengah-setengah |
Berpuluh-puluh orang-orang | Berpuluh-puluh orang |
Tiap-tiap pekerja-pekerja | Tiap-tiap pekerja/ Setiap pekerja |
Sepuluh buah sekolah-sekolah | Sepuluh buah sekolah |
Setiap peserta-peserta | Setiap peserta |
Pelbagai buku-buku | Pelbagai buku |
Baju-baju di kedai itu cantik-cantik. | Baju di kedai itu cantik-cantik. |
Tiap | Tiap-tiap / Setiap |
Berbagai | Berbagai-bagai |
Kesalahan penggunaan kata bilangan dalam ayat.
1. Berbagai juadah atau kuih-muih dijual di pasar malam. (Berbagai-bagai)
Kata Bilangan himpunan berbagai tidak boleh disingkatkan.
Kata Bilangan himpunan berbagai tidak boleh disingkatkan.
2. Setengah murid masih lemah dalam penguasaan tatabahasa. (Setengah-setengah / sesetengah) Setengah tidak boleh disingkatkan.
3. Tiap murid dikehendaki memakai pakaian seragam ke sekolah. (Setiap, tiap-tiap)
4. Para-para guru digalakkan mengambil bahagian dalam acara sukaneka. (Para)
Para tidak perlu diulang kerana menunjukkan maksud jamak.
Para tidak perlu diulang kerana menunjukkan maksud jamak.
5. Ayah membeli ikan bawal dengan harga lapan setengah ringgit. (lapan ringgit setengah)
Kata bilangan tentu tidak boleh bersama kata bilangan pecahan.
Kata bilangan tentu tidak boleh bersama kata bilangan pecahan.
Posted by
Rozikin
| at 7:10 PM
Salah | Betul |
kelinik | klinik |
goreng pisang | pisang goreng |
perabut | perabot |
kampong | kampung |
pelancung | pelancong |
tulin | tulen |
talipon | telefon |
masok | masuk |
Minibas | Bas mini |
Ajenda | Agenda |
Patriotisma | Patriotisme |
Teknoloji | Teknologi |
Profession | Profesion |
Television | Televisyen |
Bekerja | Bekerja |
e-mel | |
Berlajar | Belajar |
Posted by
Rozikin
| Saturday, March 12, 2011 at 3:11 AM
Belajar Kata Penguat Dengan Mengingat Formula
KATA PENGUAT BELAKANG
BSN (Bank Simpanan Nasional)
benar , sekali , nian
KATA PENGUAT HADAPAN
APT (Apartment)
agak , paling, terlalu
KATA PENGUAT BEBAS
ASS (punggung)
amat, sangat , sungguh
Ada sedikit formula yang perlu diketahui:
ASS boleh digunakan bersama kata penguat 'sekali'. Yang lain tidak boleh wujud dua kata penguat.
Contoh
Gadis itu amat cantik sekali.
Selamat belajar.....
Posted by
Rozikin
| Tuesday, February 8, 2011 at 4:58 AM
Sebenarnya ada beberapa rahsia dalam tatabahasa Bahasa Melayu. Seperti kita belajar Matematik yang mempunyai formula, tatabahasa Bahasa Melayu juga mempunyai formula yang perlu dipatuhi. Oleh itu blog ini akan membongkar rahsia itu satu demi satu agar dapat menjadi sumber rujukan murid-murid malah guru.