KESALAHAN PENGGUNAAN KATA BILANGAN
Posted by
Rozikin
| Tuesday, March 29, 2011 at 7:11 PM
0
comments
Labels :
Salah | Betul |
Para-para pelajar | Para pelajar |
Mereka-mereka | Mereka |
Semua penduduk-penduduk | Semua penduduk |
Setengah-tengah | Sesetengah / Setengah-setengah |
Berpuluh-puluh orang-orang | Berpuluh-puluh orang |
Tiap-tiap pekerja-pekerja | Tiap-tiap pekerja/ Setiap pekerja |
Sepuluh buah sekolah-sekolah | Sepuluh buah sekolah |
Setiap peserta-peserta | Setiap peserta |
Pelbagai buku-buku | Pelbagai buku |
Baju-baju di kedai itu cantik-cantik. | Baju di kedai itu cantik-cantik. |
Tiap | Tiap-tiap / Setiap |
Berbagai | Berbagai-bagai |
Kesalahan penggunaan kata bilangan dalam ayat.
1. Berbagai juadah atau kuih-muih dijual di pasar malam. (Berbagai-bagai)
Kata Bilangan himpunan berbagai tidak boleh disingkatkan.
Kata Bilangan himpunan berbagai tidak boleh disingkatkan.
2. Setengah murid masih lemah dalam penguasaan tatabahasa. (Setengah-setengah / sesetengah) Setengah tidak boleh disingkatkan.
3. Tiap murid dikehendaki memakai pakaian seragam ke sekolah. (Setiap, tiap-tiap)
4. Para-para guru digalakkan mengambil bahagian dalam acara sukaneka. (Para)
Para tidak perlu diulang kerana menunjukkan maksud jamak.
Para tidak perlu diulang kerana menunjukkan maksud jamak.
5. Ayah membeli ikan bawal dengan harga lapan setengah ringgit. (lapan ringgit setengah)
Kata bilangan tentu tidak boleh bersama kata bilangan pecahan.
Kata bilangan tentu tidak boleh bersama kata bilangan pecahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



