Follow us on:

Pages

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA

Menurut Awang Sariyan (1980:14), kesalahan umum penggunaan kata sendi nama terbahagi kepada dua iaitu
 a) Kesalahan penggunaan kata sendi
 b) Pengabaian penggunaan kata sendi.
 Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada, di dan pada, ke dan kepada
(Awang Sariyan, 1980:14).
 
Kata Sendi Nama
Penggunaan
dari
tempat, masa
daripada
perbandingan, asal kejadian
di
tempat
pada
masa, orang, benda abstrak
ke
tempat, masa
kepada
benda bernyawa, benda abstrak
 Contoh penggunaannya:
 
Salah
Betul
 Dia berasal daripada Pulau Pinang.
 Dia berasal dari Pulau Pinang.
 Surat itu dari pengetua.
 Surat itu daripada pengetua.
 Meja itu dibuat dari kayu.
 Meja itu dibuat daripada kayu.
 Di masa depan
 Pada masa depan
 Di zaman teknologi maklumat
 Pada zaman teknologi maklumat
 Di hari ini
 Pada hari ini
 Diserahkan ke Siti.
 Diserahkan kepada Siti
 Dilontar ke Ali
 Dilontar kepada Ali
 Oleh kerana
 Oleh sebab
 Suka manggis
 Suka akan manggis
 Balik Pahang
 Balik ke Pahang
 Pergi perpustakaan
 Pergi ke perpustakaan
 Suka gadis itu
 Suka kepada gadis itu
 Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama
1. Dari digunakan untuk masa dan tempat.
    Daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian dan benda
    a) Meja ini diperbuat dari kayu jelutong. (Salah)
        Meja ini diperbuat daripada kayu jelutong. (Betul)
       Daripada digunakan untuk asal kejadian sesuatu benda.
    b) Bangunan ini lebih tinggi dari bangunan itu. (Salah)
        Bangunan ini lebih tinggi daripada bangunan itu. (Betul)
        Daripada digunakan untuk perbandingan.
    c) Mereka menjalani latihan bola sepak daripada pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang. (Salah)
        Mereka menjalani latihan bola sepak dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang. (Betul)
        Dari digunakan untuk masa.
 2.  Penggunaan kata sendi nama ‘di’ digunakan untuk tempat.
    a) Di hari ini, majlis penyampaian hadiah diadakan di dewan sekolah. (Salah)
        Pada hari ini, majlis penyampaian hadiah diadakan di dewan sekolah. (Betul)
 3. Kata sendi nama ‘pada’ digunakan untuk masa, orang dan benda abstrak.
    a) Markah murid-murid untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup ada dengan Cikgu Ahmad. (Salah)
        Markah murid-murid untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup ada pada Cikgu Ahmad. (Betul)
 4. Penggunaan ‘ke’ untuk tempat, masa dan benda tidak bernyawa. Kata sendi
     ‘kepada’ digunakan untuk benda bernyawa dan benda abstrak.
    a) Surat permohonan itu telah diserah ke guru biasiswa. (Salah)
        Surat permohonan itu telah diserah kepada guru biasiswa. (Betul)
    b) Ayah pergi kepada pasar besar dengan menaiki motosikal. (Salah)
        Ayah pergi ke pasar besar dengan menaiki motosikal (Betul)
 5. Kata sendi nama ‘oleh’ digunakan selepas kata kerja pasif berwawlan di- dan ter-.
     Kata sendi nama ‘dengan’ tidak boleh digunakan selepas kata kerja pasif.
    a) Khadijah tertarik dengan keindahan pemandangan di tepi pantai. (Salah)
        Khadijah tertarik oleh keindahan pemandangan di tepi pantai. (Betul)
 6. Kerana digolong sebagai kata hubung. Katahubung ‘kerana’ tidak boleh diletakkan
     selepas kata sendi nama ‘oleh.’
    a) Oleh kerana sambutan peserta kurang menggalakkan maka pertandingan syair di
        sekolah tersebut telah dibatalkan. (Salah)
        Oleh sebab sambutan peserta kurang menggalakkan maka pertandingan syair di
        
sekolah tersebut telah dibatalkan. (Betul)